Logo Al-Wafah
Apa
itu Al-Wafah ?
Terlebih
dahulu kami mengucapkan selamat datang ke Blog Al -Wafah. Kami
bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli-ahli nya
kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu selama ini.
Pada
awalnya beberapa nama telah dicadangkan bagi keluarga ini. Nama yang
dipilih mestilah sesuai, pendek, mudah di ingati serta 'chatchy'.
Akhirnya majoriti ahli kami telah memilih nama Wafah. Wafah adalah
singkatan huruf-huruf daripada perkataan Warisan Famili Abdul bin
Hussein atau We Are Famili of Abdul bin Hussein iaitu nama
yang mewakili kumpulan ahli keluarga yang bersatu yang terdiri
daripada anak-anak, menantu, cucu dan cicit kepada pasangan Abdul
bin Hussein dan Minah binti Yahya. Oleh kerana perkataan wafah itu
kedengarannya seperti perkataan arab maka adalah lebih molek dan
sesuai diletak dihadapannya Al, menjadi Al-Wafah. Apabila rujukan
dibuat perkataaan wafah dalam bahasa arab adalah bermaksud Kesetiaan
/ Kesempurnaan. Ternyata sekali nama ini amat sesuai digunakan bagi
mewakili kumpulan keluarga ini.
