BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

TAJUK UTAMA

Monday, May 18, 2020

Alwafah Preloved



Aktiviti : Preloved @ Jualan Barangan Terpakai
Tarikh : 01 /11/ 2014 (Sabtu)
Lokasi : Padang Taman Cempaka, Ipoh

Assalamualaikum & Salam sejahtera pada semua
pengunjung blog keluarga Al-Wafah. Terima kasih
kerana sudi menjengah blog kami yang tak seberapa
ini. Kami hanya nak 'kongsi' satu lagi 'entri' dalam
draft box yang dah berkurun lama tertunggak yang
baru nak di muat naik.
Tak lama dulu Al-Wafah telah mengadakan satu
aktiviti jualan barangan terpakai seperti di waktu
dan lokasi yang tertera diatas. Ia adalah hasil inisiatif
dan buah fikiran oleh ahli-ahli Al-wafah sendiri
yang dipimpin oleh Puan Fairus @ Adik. Nampaknya
bakat dan semangat dalam menjalankan perniagaan
jelas terserlah bagi ahli-ahli kami ini. Syabas semua!.

Sebagai informasi dan pengetahuan  generasi
muda Al-Wafah, Abdul Hussein@Tok Don
@Tok Wan dan Hajah Minah @Tok pernah
melibatkan diri di dalam dunia perniagaan!. Selepas
bersara dari pdrm mereka pernah mengusahakan
kantin sekolah SMK Seri Puteri, Ipoh dengan
menjual mee rebus. Mereka pernah juga
mengusahakan warung malam mee rebus dan laksa
di 'padang high chaperal' Kampung Sungai Tapah,
kalau zaman sekarang ia di gelar pasar malam.
Pak Ndak pun pernah juga meniaga ais batu masa
bulan puasa / raya. Kite pun pernah ler juga meniaga
kad raya kecil-kecilan dulu. Sekarang ni dah takde.
Satu kenangan yang tak dapat dilupakan.
'Korang' boleh 'refer' dengan Mak Ngah, Pak Ndak,
Makcik & Maksu untuk lebih 'info'.

Sudah bersedia melayan pelanggan

Nabilla sebuk melayan pelanggan
Kuih muih yang disumbangkan oleh ahli 
(tak ingat dah sapa yg buat)

Kuih ape ke namanye nih.

Mak Ndak sedang melayan pelanggan


hard disk lama tu - adeke orang pakai lagi!


Kirawang sdn. bhd.


Tengah menuggu pengunjung.....
jual.....jual.... murah....murah.....


pengunjung sedang melihat-lihat barangan


Ramai juga orang yang datang

Teringin nak tengok keturunan ahli-ahli Al-Wafah
ni menceburi dunia perniagaan dan seterusnya maju,
kaya dan berjaya....insya allah.

Dalam islam pun aktiviti perniagaan amat digalakkan.
Nabi Muhammad S.A.W pun pernah bersabda
dalam satu hadis... "9/10 rezeki itu adalah datang
daripada perniagaan. Jika kita berniaga dengan
amanah dan jujur, jadilah ia sebagai ibadah dan
sunnah yangmenjanjikan ganjaran didunia
dan diakhirat.



Saturday, December 26, 2015

Malam Sambutan Ulang Tahun Ahli Keluarga Al-Wafah (Part 2)


Part 2
Sabtu - 19/12/15
Masa - 8.00pm - 11.30pm
Lokasi - Joe bakery and cafe, Ampang Baru, Ipoh.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Haa.. yang ni lah pulak sambungan program malam sambutan
ulang tahun Ahli keluarga al-wafah tuh. So korang tak payahlah
susah-susah nak tekan skoll skrin tu panjang-panjang.
Walaubagaimana pun adalah diharap korang berpuas hati.
Kredit dan Penghargaan kepada semua ahli dan kepada yang
bertungkus lumus dalam menjayakan program kali ini. 'Salute'
untuk puan 'Advisor' kerana menjadi penyumbang RM terbesar.
Cayalah.!

Kemudian acara diteruskan lagi dengan acara potong kek untuk
pasangan Faizal & Farah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Pasangan Ideal
bunga api tu gempak la...beli kat mana tu
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Kami pun sambut juga hehehe.....sorri interframe
wow 'full house
Huish dorang ni interframe pulak!
selfie nampak.......Farah & Daniel
Acara yang terakhir ialah sambutan hari lahir bagi ahli-ahli alwafah
yang lahir diantara bulan Julai hingga bulan disember secara
beramai-ramai. Bersedialah dengan kek kecik molek tu yer!.

beramai-ramai mengibarkan kek....
aduhh......lawaklah pak ndak nih
Selamat Hari Lahir Semua!
'kibaran' kek diiringi dengan lagu

Momen yang dapat diabadikan dalam foto yang mengambarkan
suasana sekitar program ini berlangsung yang diambil oleh ahli
al-wafah.

Abah dan Adam....peace yoo


Birthday Sis.
Mak Ndak & iman.....jaga-jaga
nyenget jer.....steady la
Peng  peng.......
Last minute prep. ke tu?
Mak Buyongnye dok menyandor....
Tetamu Al-wafah
Teringin anak perempuan yer
Kak Ngah buat pengumuman....sapa tak bayor hutang!
Pasangan Romantik...
Family ties
Mana diorang semua pergi....
Karaoke time.....berduet dengan pak ndak
cheers
Best infant of the night... Nuha
Kak Ngah tanya bile due nye....
'Biro Amal' Al-wafah sedang berucap derrr....
Dj tengah sebuk pilih lagu tuu
Smile..selfie yer
'Ideal Sisters'
candid... semua tak perasan daa
gambor jangan tak gambor
'checquered shirtlah'
bergambor dengan birthday gurls



Malam Sambutan Ulang Tahun Ahli Keluarga Al-Wafah (Part 1)


(Part 1)
Sabtu - 19/12/15
Masa - 8.00pm - 11.30pm
Lokasi - Joe bakery and cafe, Ampang Baru, Ipoh.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Seperti tahun yang lepas, satu program malam sambutan ulang tahun
ahli keluarga AL-Wafah telah diadakan bagi meraikan ahli kami yang
menyambut ulang tahun kelahiran dari bulan July hingga bulan
Disember. Al-Wafah mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga
diberkati dan dilimpahi dengan rezeki, kejayaan, kesihatan yang baik
serta umur yang panjang insyaallah. Tidak lupa juga diucapkan kepada
ahli-ahli yang menyambut ulang tahun perkahwinan dalam bulan ini dan
selamat bersalin untuk puan Dida semoga dipermudahkan aminn.

Birthday Boy & Girl Kita.
  1. Encik Alias @ Rosli @ Pak Ngah
  2. Puan Fauziah @ Mak Ngah
  3. Puan Faridah @ Mama @ Makcik
  4. Encik Mustaffa @ Pak Ndak
  5. Puan Zuraini @ Mak Su
  6. Encik Fazly @ Peli
  7. Puan Fairos @ Adik
  8. Encik Isa
  9. Cik Nabila @ Kak Ngah
  10. Encik Faizal
  11. Puan Khalida @ Dida
  12. Encik Khairil
  13. Cik Nurdina @ Wawa
  14. Encik Daniel
  15. Farihin
  16. Danish
  17. Auni

Selamat Datang
'Front Entrance'
'Untuk majlis kite-kite Aje'
Jom kita masuk, ape yang ade dekat dalam
cosy and rustic look interior
Sambil2 menunggu ketibaan ahli & tetamu
interior decoration
mini maini cake

Setelah semua ahli-ahli al-wafah dan tetamu jemputan tiba majlis pun
dimulakan dengan kata-kata aluan oleh puan Zuraini. Acara dimulakan
dengan bacaan doa oleh encik Muslim@PakYop

Juruacara majlis Puan Zuraini
Encik Muslim@pakyop sedang membacakan doa
diorang ni la yang 'excitednya' pun
Acara meraikan ulang tahun kelahiran Cik Nurdina @ wawa yang ke 21 dengan
iringan lagu dan potongan kek.





Kelu lidah seribu bahasa
Bersama-sama shabat seperjuangan
hadiah dari sape tu..

Continued to Part 2......